Menorrhagia With Hyperplasia Without Atypia

Entry ni diserapkan dengan maklumat medical sikit. Terbelit lidah, apalagi kepala ni nak memproses apa saja cara menyebutnya, apa lagi maksudnya dan apa lagi insan yang menanggungnya.

Sesungguhnya, segala kebaikan, kelebihan, keburukan, kejahatan itu hadir dan pergi dalam hidup seorang wanita. Hanya yang bertabah akan terus kekal berdiri dan sujud syukur kepada Nya.

Menorrhagia merupakan pendarahan yang tidak normal yang berlaku kepada seseorang wanita. Kebiasaannya setiap bulan kita akan mengalami pendarahan haid, tetapi apabila tahap pendarahan itu menjadi luar biasa ianya akan digelar menorrhagia. Ini apa yang aku dapat dari google. Tapi untuk penjelasan lebih spesifik boleh bertanya dengan doktor perubatan.
Manakala bagi maksud Hyperplasia Without Atypia pula, persis seperti berikut, yang turut diperolehi daripada google:

"Simple hyperplasia without atypia, or cystic hyperplasia, produces more cells in the endometrium, but does not change the cells. In moderate hyperplasia without atypia, the cells themselves have enlarged, but are still considered normal cells. These two types have about a 4% risk of developing into uterine cancer."

Dalam bahasa mudahnya, sel yang membesar tapi masih dianggap sebagai normal. Akan tetapi jenis pembesaran sel ini boleh mengakibatkan sebanyak 4% pembentukan kanser uterus.
Kebiasaannya apabila berlaku kes seperti ini, dengan konsultansi doktor berkaitan dengan fizikal pesakit, doktor akan mencadangkan agar uterus dikeluarkan sebelum terbentuknya sel kanser.

Cerita kenyataannya, bondaku baru sahaja selesai melakukan proses pembedahan bagi mengeluarkan rahimnya. Aku berdoa agar kesengsaraan yang ditanggung kerana mengalami pendarahan yang tidak henti-henti akan berakhir. Keputusan untuk mengeluarkan rahim amatlah sukar untuk dibuat. Dengan berkat sokongan kami adik-beradik dan sokongan daripada ayahanda tercinta, akhirnya mak bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut. 

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar walaupun pelbagai komplikasi yang dihadapi oleh mak. Harapannya mak akan segera pulih. Pesan doktor jangan berhenti berdoa, sebab doktor akan terus buat kajian ke atas sel rahim yang telah dikeluarkan untuk mengenalpasti jenis rawatan selepas ini. Aku turut bersyukur kerana ovari mak masih selamat dan mak tak perlu untuk mengambil pil hormon selepas pembedahan.


XOXO,
Ema

Comments

Popular Posts