Pages, Contacts, Travel

Thursday, April 21, 2011

Sofea ke Market Kulim

Last week, while accompanying mak at the hospital. Kami mengambil peluang untuk ke market Kulim, sebab nak cari ikan haruan, ikan selar...and the foods that mak able to eat after the operation. Planningnya nak keluar berdua je, tapi Sofea dah bangun awal...so we decided to bring her along. Bagus juga rupanya bawak anak dara sorang ni ke market..banyak benda yang boleh tengok. Terkenang zaman kecil2 dulu, mak bawak ke market..memang malas betul nak ikut, tapi sebenarnya seronok gak especially kalau pagi sabtu atau ahad...macam2 benda ada jual kat sana.

Berbalik kepada cerita asal, masa tengah pilih ikan kat pasar Sofea menjerit2...sebab terkejut nampak ikan banyak sangat dan semuanya tak gerak2 lagi. Dia bersungguh nak pegang ikan2 tu semua. Sabar ye anak mama, masanya akan tiba bila mama minta Sofea ke pasar beli ikan untuk mama nanti.

Sofea excited tengok ikan

Kebetulan masa tu, ada apek jual anak ayam dan anak puyuh. Masa kecik2 dulu mak selalu beli anak2 ayam atau itik untuk kami. Anak2 ayam tu siap warna warni lagi, kiut sangat. Tapi yang misterinya anak ayam tu cuma kekal 2,3 hari ja..sebab lepas tu hilang entah ke mana. Paling berjaya kami bela itik la sampai besar..dan akhirnya jadi juadah BBQ..huhu. sadis sungguh.
Excited tengok burung puyuh

Nasib baik Sofea tak terkam

Very excited tengok chicken little

Sampai ajak balik pun berat hati Sofea
XOXO,
Mama Sofea