Pages, Contacts, Travel

Saturday, April 23, 2011

K.A.N.S.E.R

Dia datang dengan senyap...membunuh dengan senyap. Sedar-sedar cuma tinggal masa yang singkat sahaja lagi peluang untuk hidup. Penyakit kanser adalah antara penyakit yang tidak dapat diubati. Adapun kita perlu beringat, kita masih berpeluang untuk mencegah sebelum ianya tiba.

Pagi ni, kami sekeluarga amat terkejut sebab mendapat berita seorang kawan sedang menjalani rawatan rapi (ICU) di HUKM sebab menghidapi penyakit kanser paru2 tahap 4. Ya Allah, semoga kau lindungilah hambamu daripada sebarag kesengsaraan dan penderitaan. Amin..

Iwan, adalah seorang kawan di UTM, sama2 belajar dulu, kami sama2 telahpun berkahwin, dan telah pun menempuhi alam ibu bapa. Tak dapat bayangkan perasaan anak dan isterinya setelah mendapat berita bak halilintar tersebut. Anaknya pun kecil lagi, beza 2 bulan je daripada Sofea. Sebak betul hati ni, bila dapat berita ini daripada seorang kawan. Iwan ni memang seorang perokok, tapi tak sangka sampai seberat ni dugaan yang terpaksa ditempuhi mereka sekeluarga. Ya Allah sekali lagi aku berdoa agar Kau lindungilah mereka Ya Allah.

Mengikut apa yang diberitahu sahabat aku, beliau hanya ada tempoh 4 bulan lagi untuk lawan kanser ini. Satu berita yang kalau aku terpaksa hadapi entahlah...boleh hilang akal agaknya. Ya Allah semoga Kau berikan kekuatan kepada mereka semua..

Kepada kawan2 yang mempunyai keluarga yang merokok, mungkin boleh la start nasihatkan mereka semua untuk petimbangkan option untuk berhenti merokok. Kesian kat anak dan isteri, serta keluarga yang bergantung harap dan kasih. Sekurangnya berilah peluang kepada anak-anak untuk menjaga kita sewaktu hari emas kita nanti. Insyaallah.

XOXO,
Ema