Kadang2 Kita Terlupa Nak Bersyukur

Kita patutnya sangat bersyukur lahir2 je dah kat Malaysia ni...yang terdiri daripada berbilang kaum, etnik, bangsa...dan alhamdulillah kita terus hidup aman dan damai...Tapi bila dah masuk bab berpolitik ni...adik beradik pun boleh berpecah belah apalagi yang sekaum...dah tak kenal kaum bangsa sendiri lagi..
Apapun politik adalah perlu untuk majukan kehidupan tapi kenalah berpolitik secara sihat..jangan dengki mendengki...apa yang penting berfikir secara logik!

Bukannya apa, kekadang tu Malaysian ni macam tak pernah bersyukur...Kadar kenaikan harga barang memang untolerable...tapi apapun kita still perlu bersyukur sebab kita tak pernah rasa macam negara kat luar sana yang kena beli barang runcit berlipat kali ganda dari apa yang kita enjoy kat Malaysia.

Lagi satu pasal gelodak politik yang berlaku recently kat negara yang kita tahu agak stabil sebelum ni..Mashaallah, belasan ribu rakyat Malaysia yang ada kat sana tu..Maka gundah gulanalah hati parents dan ahli keluarga yang berada di Malaysia ni...Maka hari2 lah telefon Wisma Putra bertanyakan khabar anak, adik,abang, kakak yang masih berada di Mesir. Most Malaysian there kebanyakannya adalah pelajar. Tahniah kepada Kerajaan Malaysia sebab berjaya bawak balik most of them...tapi aku pun still tak pasti is it the right thing?Most of the money spent adalah budget atau allocation emergency yang terpaksa ditarik di sana sini...and the money is wang rakyat pastinya. Tak tahu pulak apa yang naik dinaikkan lagi lepas ni.
Terdapat pelajar di sana yang pergi atas budget sendiri, tapi kali ini...adalah Misi Menyelamat Rakyat Malaysia tiada cap atau topi yang dipakai oleh mana2 Malaysian kat sana perlu diselamatkan dulu...semua sama je. Tak kiralah ko penyokong pembangkang ke kerajaan ke semua sama je. Tahniah sekali lagi sebab berjaya menyatukan semua atas sama level. Tapi pelik gak kan, takde la pulak mana dari pembangkang yang ada kat sana sama2 menabur RM dan sama2 pi menyelamat. Tapi tak tahu la pulak kan kalau ni adalah disebalik agenda media massa. Dunno!

Dah selamat dah ni...selamat sampai di bumi Malaysia...yang bertugas ni pun silih berganti tak tidur sebab nak monitor anak2 Malaysia ni selamat sampai. Tetapi ada pulak yang nak servis sampai ke pintu rumah...Mashaallah sekali lagi kita terlupa untuk bersyukur...Ye lah mungkin sedap la kita nak cakap sebab tak kena batang hidung sendiri kan...apapun I will always keep this story to myself agar senantiasa menyimpan rasa kesyukuran atas segala yang terjadi...InsyaAllah.


P/s: seribu kemaafan kalau entri ni ada menyinggung mana2 pihak.

XOXO,
Mama Ema

Popular Posts