Contoh Soalan Induksi

Salam,

Sempena entri Kursus Induksi yang saya hadiri Mei 2010 lepas, ramai yang bertanyakan mengenai contoh soalan bagi Kursus Induksi Perkhidmatan Kerajaan. So, entri kali ini ada sedikit sebanyak contoh2 soalan yang mungkin boleh dijadikan panduan.

*********
CONTOH SOALAN
Bahagian I-Soalan 16

Encik Yusri ialah seorang Pembantu Tadbir (P/O) yang bertanggungjawab terhadap surat-menyurat di jabatannya. Setiap hari beliau menerima beberapa pucuk surat rasmi yang dihantar oleh jabatan-jabatan lain.

a) Nyatakan peraturan bagi merekodkan surat rasmi di atas kertas minit. Surat yang diterima hendaklah direkodkan di atas kertas minit.
b) Apakah tindakan yang perlu dibuat terhadap surat yang fail tidak dapat dikesan.
c) Apakah tindakan yang patut diambil jika surat yang diterima untuk perhatian seseorang pegawai.

Bahagian II-Soalan 25
a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kerja Lebih Masa?
b) Apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang Pegawai Awam di boleh dibayar elaun lebih masa?
c) Dalam keadaan bagaimana seseorang Pegawai Awam boleh menuntut Elaun Lebih Masa?

CONTOH JAWAPAN
Bahagian I-Soalan 16
Encik Yusri ialah seorang Pembantu Tadbir (P/O) yang bertanggungjawab terhadap surat-menyurat di jabatannya. Setiap hari beliau menerima beberapa pucuk surat rasmi yang dihantar oleh jabatan-jabatan lain.

a) Nyatakan peraturan bagi merekodkan surat rasmi di atas kertas minit.
Surat yang diterima hendaklah direkodkan di atas kertas minit.


Surat-surat yang dimasukkan ke dalam fail perlu untuk dicatitkan di dalam kertas minit dan tidak perlu lagi direkodkan dalam apa-apa daftar penerimaan melainkan, Daftar Mel (AP71) dan Surat-surat berpengkelasan keselamatan.

Surat yang diterima hendaklah direkodkan di atas kertas minit dan direkodkan dengan tulisan merah. Rekod tersebut perlu ditulis lengkap dengan nombor rujukan surat dan tarikhnya beserta tarikh surat itu dikandungkan.

b) Apakah tindakan yang perlu dibuat terhadap surat yang fail tidak dapat dikesan.
Bagi surat yang failnya tidak dapat dikesan, Encik Yusri hendaklah meminta Bahagian Pendaftaran Fail supaya membuka sampul kecil sebagai langkah sementara. Ia hendaklah memasukkan surat rasmi itu ke dalam sampul kecil untuk tindakan setelah surat rasmi itu dibuka dan dicop tarikh penerimaannya.

Bila fail asal dijumpai, maka sampul kecil dan kandungannya dimasukan ke dalam fail itu.

c) Apakah tindakan yang patut diambil jika surat yang diterima untuk perhatian seseorang pegawai.
Semua surat masuk haruslah diberi perhatian segera. Ketua jabatan dan pegawai-pegawai bertanggungjawab seharusnya menentukan bahawa surat-surat masuk diberi perhatian yang segera dan memberikan balasan dalam kadar yang singkat. Kelewatan menjawab atau mengambil tindakan akan membayangkan ketidakcekapan (inefficiency) jabatan.

Sekiranya surat yang diterima adalah untuk perhatian seseorang pegawai di jabatan, surat tersebut hendaklah dihantar terus kepada pegawai berkenaan tanpa dibuka.

Bahagian II-Soalan 25

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kerja Lebih Masa?
Mengikut Perintah Am, Bab G, Perkara III, kerja lebih masa adalah apabila seorang pegawai yang lain daripada mereka dalam Perintah Am 14, dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan.

Pegawai tersebut adalah layak untuk diberi bayaran lebih masa mengikut kadar-kadar dan jenis tugas kerja yang telah dijalankan.

b) Apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang Pegawai Awam di boleh dibayar elaun lebih masa?

Mengikut Bab G, seseorang Pegawai Awam boleh dibayar elaun lebih masa apabila beliau dikehendaki melakukan:
i. “Kerja Siang” bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 petang sehingga 10 malam; atau

ii. “Kerja Malam” yang bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 10 malam sehingga 6 pagi; atau

iii. “Kerja Kecemasan” yang membawa maksud sebarang tugas yang diisytiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada biasa. Masa seseorang pegawai sedang bertugas biasa diisytiharkan sebagai kecemasan akan dianggap sebagai termasuk dalam kerja kecemasan. Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi memulihkan semula perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu; atau memelihara perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan tersebut daripada terganggu atau terancam. Sesuatu kecemasan itu hendaklah dianggap berakhir bila perhubungan-perhubungan telah tersambung semula atau perkhidmatan-perkhidmatan penting telah berjalan semula; atau apabila kedua-duanya lepas dari gangguan atau ancaman.

c) Dalam keadaan bagaimana seseorang Pegawai Awam boleh menuntut Elaun Lebih Masa?
Seseorang Pegawai Awam boleh menuntut Elaun Lebih Masa, mengikut jenis kerja yang dijalankan di dalam keadaan-keadaan yang berikut sahaja:

i) Kakitangan-kakitangan pejabat seperti di Perintah Am 14 (ii) dalam Kumpulan-Kumpulan Perkeranian dan Teknik atau Kakitangan Rendah dan Buruh Kasar yang dipanggil bertugas lebih daripada masa bekerja biasa tiap-tiap hari termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am yang melebihi 14 hari yang berturut-turut. Bayaran lebih masa akan dibayar mulai daripada hari yang ke-15. Bayaran lebih masa bagi 14 hari yang pertama itu boleh juga dibayar apabila Ketua Pejabat yang tidak dapat memberi pegawai itu cuti seperti dalam Perintah-perintah Am Bab C pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan yang berikut dengan masa menjalankan tugas yang lebih itu.

ii) Juruteknik (melainkan juruteknik tingkatan khas dan tertinggi), juruteknik rendah dan lain-lain pegawai yang setaraf yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk mendapat bayaran lebih masa kerana menyelia pejabat-pejabat sambilan atau buruh-buruh kontrak yang lebih daripada masa bertugas biasa.

iii) Mana-mana pegawai lain termasuk mana-mana pegawai di dalam Perintah Am 14 dan juga juruteknik tingkatan khas dan tertinggi, yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mendapat bayaran lebih masa.
*********

Selamat menjalani kursus.
Untuk maklumat requirements pengesahan dalam perkhidmatan pls refer this entry >>> Kursus Induksi Umum <<<

XOXO,
Ema

Comments

izzad said…
nice sharing...glad to find this..dah follow u..:)

http://kitasemuaguru.blogspot.com/
Unknown said…
sharing knowledge yang ada...good luck for the course...
Unknown said…
tq chemiema..i dpt que sama mcm soalan 1 2..tq so much
Unknown said…
ok, glad to help!
Anonymous said…
tqvm chemiema for ur great help...God bless u & ur family.
Anonymous said…
hi, thanks a lot..I got the same 1st question as my individual assignment. Thank you very much for the sharing...MGBU & your family....
Unknown said…
ok, no problems..really happy to help. Hope all of you could pass your exams and courses with flying colors....

Popular Posts