Huggies and me

Sejak2 ada little Sofea...Huggies sentiasa di hati...cewah!
Sejak lahir Sofea guna Huggies..sampai lah sekarang ni. At first ada guna jenama lain...XXX. Tapi pernah terjadi satu insiden bila mana papa sofea kelam kabut nak pakaikan diapers masa Sofea still dalam pantang dan nangis2, terkena pula pelekat diapers tu kat peha Sofea..makanya lagi kuat lah Sofea menangis...so eversince di'intro kan dengan Huggies..oleh Sofea's uncle..di mana pelekatnya hanya melekat pada pampers..Sofea hanya dengan huggies..

Tapi masalahnya kekadang harga Huggies ni sentiasa berubah2..Sekarang ni Sofea is using the L size. Harga Huggies selalu tak sama..lain kedai lain harga..so kalau dapat yang murah kenalah beli banyak sekali. Selalunya kami shopping kat carrefour, Alamanda.Tapi harga time promosi murahlah...takde promosi gigit jari lah mama ngan papa sofea. Time2 promosi dapatlah...L-60pcs for RM35.90, kalau tak de promosi cecah sampai RM51.90. mana tahan ooo..So kalau takde promosi terpaksa la pi jauh sikit kat Manjaku, Bangi...takdela murah sangat dapat lah dalam RM42.90. Last week kat Giant pun ada promo gak...Huggies...same price macam kat Carrefour, RM35.90. So bila dah promosi kena lah plan baik2...bli stok banyak sikit...By the way, Jenis Huggies yang Sofea guna ni Dry Comfort, warna merah.

Sejak guna huggies ni, Dry Comfort...alhamdulillah, kejadian bocor ni dalam 3,4 kali je penah jadi...tu pun unexpected..sebab Sofea minum banyak kot that day..So far, malam sebelum tidur je tukar tahan sampai keesokannya. Siang adala dalam 3-4 Kali tukar..so roughly sehari dalam 5-6 diapers la guna...So sebulan lebih kurang 150 keping. So kena la standby 3 pack 60pcs/month.

By the way, nak ceritanya hari ni kami pun pergilah borong Huggies Dry Comfort kat Carrefour, Alamanda sebabnya ada promosi...Nasib baik limited 2 pack per family..kalu tak...banyak lagila nak diborong. So kalau ada yang guna Huggies Dry Comfort gak..cepat2lah ke Carrefour...sebelum kehabisan stok..



XOXO,
Mama Sofea

Popular Posts