Interview Kursus COTI Korea

Tarikh interview: 27 Mei 2014
Masa Interview: 11.00am
Masa Daftar: 8.15am
Tempat Interview: Bilik Temuduga SPP
Jumlah Pegawai Hadir Temuduga: 50+ pegawai pelbagai skim perkhidmatan
Difahamkan, hari sebelum pun dah ada sesi temuduga pagi dan petang

Temuduga secara berkumpulan - 4 orang
Panel temuduga - 2 orang

Soalan Interview
1. Perkenalkan diri dalam bahasa inggeris dan inform mengenai kursus COTI
2. Hobi
3. Expectation jika terpilih
4. Perkara apa yang ingin dilihat di Korea sekiranya terpilih
5. Perkara yang ingin diimplimentasikan/ditambahbaik di pejabat
6. Aktiviti luar pejabat

Panel inform peserta mesti fit sebab banyak aktiviti luar seperti daki gunung, berbasikal
perjalanan di Korea banyak menggunakan pengangkutan awam
pengalaman dengan family angkat

7. panel tanya sekiranya family angkat ajak buat aktiviti yang tidak sesuai cth pergi public bath, apa respon peserta?
8. Perkara apa yang akan dibawa ke Korea jika terpilih nanti
9. Di korea ramai yang tidak pandai berbahasa inggeris, bagaimana mahu berinteraksi jika mengalami masalah?

Panel temuduga kami rupanya adalah bekas peserta COTI. Beliau turut berkongsi pengalaman ketika berkursus di Korea. Katanya flight malam, sampai awal pagi terus dapat task ala-ala runningman untuk cari barang. Maka memang agak blur dan terkial-kial sebab 1st time nak berinteraksi dengan warga Korea.

Katanya hari kedua, terus dibawa ke pejabat-pejabat Kerajaan, kilang-kilang gergasi di Korea untuk knowledge sharing. Kemudian diserahkan kepada keluarga angkat selama 3 hari untuk aktiviti bersama mereka.

Lepas itu, aktiviti daki gunung. Sebelum hari tersebut peserta akan diberikan duit untuk persediaan barang-barang untuk mendaki. Bila mendaki pun banyak aktiviti di antara pendakian. Peserta memang kena betul-betul fit untuk aktiviti tersebut. Tambahan pula kursus tahun 2014 pada bulan oktober. Musim Autumn. Sejuk tu. Tarikh kursus tahun ini adalah pada 19 Oktober hingga 1 November 2014.

Overall interview adalah sangat positif. Panel pun ok sangat. Salah seorang pegawai yang ditemuduga katanya ini adalah kali ketujuh beliau hadiri temuduga COTI. very high spirited man right. Tapi panel pun did inform, mereka did interview, tapi keputusan akhir masih dengan JPA. So berdoa banyak2 agar rezeki berkursus di Korea luas terbuka tahun ini.

Harapan kami semua dapat lah bersama-sama sertai kursus pada tahun ini. Nasib baik tak suruh buat persembahan. Haha. i did prepare something. Sempat juga le share. Harap dapat curi perhatian the panels ;)

XOXO,
Ema


Comments

Popular Posts