Pages, Contacts, Travel

Tuesday, June 17, 2014

DIY Lamb Chop Dinner At Home aka Lamb Chop Segera

Lamb Chop
Actually takde la DIY mana pun, cuma kami makan lamb chop kat rumah instead dine outside. :)
Bila dah ada anak, tambah2 yang baru nak start berjalan amatlah mencabar sebagai parent nak menikmati makanan yang sedap2 kat luar. Mana nak layan anak yang baru excited berjalan, ronda sana sini. Nak makan, lagi2 la nak menikmati. Fuh amatlah mencabar dan juga menguji kesabaran. Tapi Alhamdulillah bersyukur dengan kurniaan Ilahi.

So end up, daripada saya dan husband stress kat luar, rasa macam tak berbaloi je bayar mahal2 tapi tak dapat nak enjoy. Baiklah kami usaha lebih sikit, prepare one good dinner at home. So nak makan pukul berapa, nak makan macam mana, dress up macam mana pun suka2 hatilah. Hehe, lagi satu actually nak celebrate special day juga ni. Kalau takde idea nak celebrate mana-mana boleh la buat sendiri kat rumah. Insyaallah, bertambah istimewa bila dapat sediakan bersama, dan nikmati the good food bersama-sama juga.

Haha, kebetulan pulak, kawan seofis offer kawannya ada jual frozen lamb chop. Apa lagi, beli je lah. Dah lama nak merasa frozen lamb chop yang dah diperap tu. Masak sendiri kat rumah. So cuba je la.

Lamb Chop ni berjenama D'Apple, tak silap harga dalam RM10. Dalam tu ada 1 slice of lamb chop, fries dan sos untuk lamb chop. Cara masak senang je, terus je letak atas grill (kami guna pemanggang ajaib). Goreng Fries dan panaskan sos. Carrot and Brocolli tambahan sendiri, celur je dalam air panas letak garam sikit. Wallah, macam kat restoran kan. :) TQ la Mr. Chef, tolong grillkan the lamb chop. Sedaap sangat.



XOXO,
Ema