Rumah Kecil Kami

Last cuti baru ni balik rumah mak..sempat la singgah rumah lama kami nak tolong mak kemas barang sikit2..sbb nak pindah. Setelah sekian lama di sana..akhirnya officially time to move out. Memang amat sentimental momento buat diriku personally sebab aku memang membesar di situ. SM Teknik Kulim. Dari berusia 3 tahun sampailah sekarang kami adik beradik membesar di sana. Banyak suka duka yg dah kami lalui di rumah kami itu. Sambut kelahiran adik2..kahwin..kenduri..macam2 kenangan. Akhirnya abah dah boleh lepaskan satu tanggungjawab yg dah lama dia bawa..rasanya dah sebatipun dengan diri abah sendiri sebagai Ketua Warden Sekolah. 

Rumah kami kecil. Tapi eversince kami membesar 6 beradik dengan mak dan abah tak pernah pun ada masalah. Walaupun kecil..rasanya selesa betul kat sana. I miss the quiet afternoon moment. 

Redup2..berangin..macam2 aktiviti aku buat. And i also miss raining days kat rumah tu. Hujan lebat kat luar..kami bercamping dalam rumah. Huhu. Tunggang langgang rumah dibuatnya. Ya Allah, semoga semua kenangan manis ini sentiasa kami kenang saat2 duka lara kami sekeluarga. 

Rumah kami kecil. Tapi mak dan abah memang suka jadi family host. Kami memang ramai abang angkat, adik angkat, pakcik angkat..mahu yg malaysian atau non malaysian. Dari switzerland, germany. Kami adik beradik cuma perasan rumah kecik..bila host sibling kami kata macam mana kami stay dalam rumah yang kecik 6 beradik. Aku cuma terkedu..kecik ke?? Ok maybe rumah dia besar la kot back home. Tapi tak kisah la..i really love the house. Tempat kami membesar 6 beradik. Suka duka, gelak tawa..tangis kat situ la.
Rasanya dah lama sebulan..packing dan angkut barang. Still tak setel lg. Mahu je aku amik cuti lama2 tolong mak abah pindah. Tapi apakan daya.. so buat apa yg terdaya.

Hmm..akhirnya officially no longer in the compound. School compound. Hmmm.. :( gonna miss the old good days moment. Banyak zaman kanak-kanakku di situ.

Note: gambar tak jumpa lagi, nanti dah jumpa update lagi la.

Xoxo,
Ema

Comments

Popular Posts