Breastpad Pigeon Vs Mothercare
Bila dah deliver baby..breastpad adalah one of the important things to have..especially for working mummies. Eversince deliver Sofea memang dah terbeli Breastpad brand Pigeon dan dah terbiasa pakai. Kualiti memang superb dan puas hati. Harga pun boleh tahan la. 72pcs RM30. Kalau kena offer ada packing besar lagi murah sikit.
Baru2 ni kehabisan stok. So beli new brand saja nak mencuba kan. Beli breastpad kat mothercare. 80pcs rm36.
Harga lebih kurang. Tapi bila dah pakai mmg tak best. So not really recommended.
Kalau nak yg puas hati memang brand pigeon. Memang pakai seharian pun confirm tak tembus. Kualiti sangat superb, berbaloi dgn harga. Siap ada individual pack dan pelekat. So senang nak bawak sana sini for hygenic purpose dan juga bila pakai tak 'lari' sebab ada pelekat. Katanya silent packing..sebab bila buka mmg baby pun tak terkejut..haha. bijak sungguh.
Baru ni stok kehabisan lagi..so ronda2 satu alamanda mencari pigeon breastpad. Mothercare memang takde just brand mothercare and tommee tippee. Brand tt ada 30pcs harga dalam rm36. Toys r us ada brandavent..tapi pelik sikit harga kat sana..mahal pulak. Kedai anakku pula just ada brand disney. Nampak mcm ok tapi tak pernah pakai. Last sekali pegi parkson alamanda..memang sangat mengujakan sebab jumpa breastpad pigeon 72pcs rm26. Setakat ni..yang ni la paling murah yg pernah beli. Hehe. So mothers yg mmg guna pigeon breastpad bole beli kat parkson k..lebih murah.
Yours truly,
Mama ema
Comments
Post a Comment