Kredit dan AKPK

Recently ada seminar on pengurusan kredit di tempat kerja. Wakil AKPK datang bagi talk panjang lebar kat kami semua. Most of the talk adalah pengalaman beliau dalam sesi kaunseling dengan beliau2 dgn masalah kredit yg memang dah menjerat leher..means tak boleh nak buat apa2 lagi. Duit gaji tiap2 bulan bayar hutang. Memang la tiap2 bulan kita bayar hutang but not 100%. Ni ada kes yg mmg buta2 gaji tiap bulan bayar bank..bayar 'abg long'. Hu. Ya Allah, Jauhilah keluargaku dan rakan2ku dibelenggu masalah sebegini.

Lately ni bank berlumba2 tawarkan pinjaman. Macam2 kadar faedah..macam2 produk. Islamic, konvensional..macam2 jenis. Dulu kala nak buat loan punyalah susah. Nak kena naik turun bank. Sekarang ni bank hari2 call, sms.. nak buat loan tak?nak tambah loan lagi tak? Alang2 buat loan..jgn sikit2..buat banyak2 terus..macam2 la. Iklan kat tv kan..easy bank tu. 5 minit je dah approve loan. Wallawey!

So sekarang dah jadi trend la especially penjawat awam ada personal loan. Jadi pelik pula kalau ada yg takde personal loan. Tak masuk cerita kad kredit pula. Punyala senang kan nak apply kad kredit. Pi mall tadaa..berjenis2 kad ada. Isi je la borang.

Ceritanya kat sini bukannya completely dosa besar nak ada kredit kad..nak buat personal loan. Cumanya kena pandai manage. Check dulu kadar faedah setiap pinjaman..produk2 pinjaman bank. Jenis kredit kad. Apa planning kita..nak guna buat apa..nak bayar balik macam mana..nak hutang berapa lama..cukup ka balance gaji lepas tolak bayar hutang loan..kad kredit..nanti plan nak beli rumah, kereta cukup lagi ka dgn duit gaji bersih lepas tolak bayaran loan.. banyak kan soalan nak kena jawab.

Yes adik2..silalah jawab soalan2 ni dulu ye sebelum ke langkah seterusnya. Janganlah terus terjebak dengan tawaran bank utk buat loan. Kalau soalan2 kat atas dah terjawab..rasa tenang jiwa..go ahead. Make your life better or easier. Invest and plan wisely. Kalau ada rasa ragu2..fikirlah balik ye.

Smalam baru terbaca stat org yg bankrap utk thn 2012 ada lbh krg 20,000 orang. Tu figure utk setahun je k..roughly berumur 30-44 thn. Rata2 orang kat malaysia jumlah belanja isi rumah adalah 140% berbanding indonesian 38%. Bayangkan u can spend 40% more than what u earn monthly. Hebatkan. Kalau bank negara tak perketatkan syarat2 pinjaman rasanya umur 18thn dah ada yg dah start bankrap c. Starting 5th July dah ada dah syarat2 baru untuk pinjaman. Antaranya personal loan boleh buat sehingga 10thn sahaja.

Lagi benda yang amat berguna sepanjang sesi akpk berlangsung adalah 'emergency fund'. Before this mmg ada buat gak tapi takdela nama rasminya sebegitu. Tapi mmg betul. Semua orang should have 3 to 6 months simpanan gaji as emergency fund. Takkan dah terhantuk baru nak terngadah. Tapi besala emergency fund ni bila dah ada...ada je la emergency case nye. Huuhu.

Kredit kad adalah satu lagi punca hutang tak pernah habis. Lagila kalau ada banyak kad..nak nak pulak kad boleh keluarkan cash.. pheew. Tapi apapun kalau pandai guna, dah ada plan nak guna dan bayar mcm mana..bole je guna. Banyak treats and rewards bole dapat. My dad personal experience dia pernah dapat tv lcd tau from treats maybank. Bestkan. So sapa kata kita langsung tak dapat benefits? Again..mesti plan and spend wisely.

Wakil AKPK turut share yang dia pernah jumpa 2 kes cubaan bunuh diri akibat bebanan hutang yg tak tertanggung. Both beragama Islam. MASYAALLAH. Janganla sesekali ambil jalan singkat. Berjumpa la dulu dgn AKPK yg servisnya adalah absolutely free. Akpk bole bantu nego dgn bank utk plan installment yang tidak membebankan. Insyaallah.

We should list out semua jumlah hutang yang kita ada dan cuba muhasabah diri. Hutang belajar, kredit kad, personal loan, kereta, rumah. Banyakkan hutangan. Lainla kalau banyak duit semua beli cash. Menurut yang saya dgr masa ceramah..kalau hutang berjumlah rm30k tak terbayar dah bole dianggap bankrap. Huhu. Jangan jadi macam ni ye.

Alhamdulillah kami baru je setelkan hutang kredit kad. Dan ternyata kami bukanlah di kalangan org yg pandai menggunakan kad kredit. So better tak payah guna. Masih ada a few hutangan masih belum terlangsai bila dicampur dgn husband (when u r married to a man u get his debt too) huhu.

Still figuring out nak tambah hutang. Hu yg marbelesnya. Tapi secara penuh berhemah insyaallah.

Xoxo,
Mama ema during financial daze
Sori ye cik Liza saya nak snap nisbah hutang kat blakang tu.

Popular Posts