Pembuka & Penutup Hari Mu
InsyaAllah sama2 lah kita sama2 menjadikan yang baik itu amalan dan yang tidak baik itu ditinggalkan. Sesungguhnya untuk menjadikan sesuatu yang baik itu amalan/rutin ianya harus diamalkan selama 40 hari berturut2. InsyaAllah.
Setiap insan mendambakan hari2 yang sempurna dan terbaik dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini. Jadi segala-galanya bermula daripada amalan hidup kita seharian..Insyaallah kalau niat kita baik, semuanya akan jadi baik2 belaka...segala yang datang itu sesungguhnya ujian daripada Allah SWT untuk menambahkan keimanan dan ketakwaan setiap insan untuk sentiasa bersabar dan berusaha untuk menjadi yang terbaik!
Baru2 ni seorang saudara telah berkongsi ilmu beliau yang luas untuk saudari/saudari yang masih cetek ilmu ni..terutamanya saya lah tu. Insyallah, titipan ini dibuat bagi sentiasa mengingatkan diri dan rakan-rakan yang lain bagi menjadikan kehidupan seharian lebih bermakna dan paling penting dirahmati Allah SWT.
Pembuka hari:
1. Bangun pagi dengan senyuman
2. Ucapkan syukur kepada Allah SWT kerana masih diberikan peluang untuk membaiki diri lagi
3. Niat dalam hati perkara yang akan dibuat pada hari ini..paling penting niat untuk mencari ilmu dan juga niat untuk menjadikan diri lebih baik dan buat yang terbaik untuk insan di sekeliling. Insyaallah segala pekerjaan akan mendapat pahala.
Penutup hari:
1. Yakni sebelum melelapkan mata, maafkan semua insan yang kita kenal.
2. Mohon ampun dan maaf, dengan orang sebelah...en suami/pn. isteri.
3. Kalau dah kahwin, genggam tangan suami/isteri dan bermaafan - Maka akan gugurlah dosa-dosa antara keduanya di celahan jari...InsyaAllah. (Ini juga akan menambahkan lagi kemesraan).
4. Tidur mengiring sebelah kanan - akan memberikan keselesaan tidur dan ruang kepada jantung kita yang terletak di sebelah kiri.
Beliau turut berpesan untuk mengamalkan Doa Pembuka 12 Pintu - Terjemahan seperti berikut:
"Ya Allah, bukakanlah untukku dan seluruh keluargaku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang."
XOXO,
Mama Sofea
Comments
Post a Comment