Sweet Cherry Baby Contest 2013

Alhamdulillah rezeki MSR sekali lagi nominated untuk finalist Sweet Cherry Baby Contest 2013. Actually nya mama dah start sending MSR pictures dalam Sweet Cherry FB sebulan before pertandingan. Dah sampai hari pertandingan dibuka about 1 month for likes voting. TQ all dear frens yang dah vote for baby MSR ye.

A week before 6th Maternity & Children Expo mama dapat email and call from Sweet Cherry minta attend prize giving ceremony. Excited betul la mama MSR kan. At first dalam hati terdetik ok la finalist...dapat constellation prize pun good enough. So planned out dengan papa, nenek dan tokwan to attend the events.

So during the day, terkedek-kedek la kami sekeluarga ke Midvalley. Memang meriah la 6th Maternity & Children Expo. Ramai betul parents and children. Booth pun sama meriah jugak. Panjang betul line nak bayar kat every booth. Tapi tu la silap hari bulan sikit expo ni dibuat before Gomen Pay Day. So mama just jeling laju2 je la barang2 kat sana.

Tepat 2.30 kami pun register and being called out to stage ke semua 13 peserta akhir untuk Category 1. So mama and MSR pun dengan excited dan senyum panjang lebarnya beratur kat atas pentas. Alhamdulillah kali ni, kami tak perlu buat sebarang aksi atas pentas. Lega sangat. Haha. The emcee start umumkan hadiah constellation which is hadiahnya carrier dan baby bag. Dah habis 10 announcement nama baby MSR still belum diumumkan. Wah dalam hati...i silap naik ke tadi? awat takde lagi nama baby MSR. ok sabar dulu la..but i really cant stop smiling now. Muzik pun dah bertukar untuk umum the top 3 babies. Wah...
Stroller and car seat dah siap di atur di depan. 2nd runner up was announced, and still bukan nama baby MSR. And the next name for the 1st runner up, baru lah nama Muhammad Syafi Raiqal Mohd Shuhaimi announced. Wah semua memang excited, especially kakak MSR le. Tuan punya badan cool je.

Alhamdulillah, MSR dapat Travelling Stroller, combination car seat dan baby bag. Alhamdulillah, rezeki anak mama sorang ni.
TQ Sweet Cherry Pilih Kami
The Excited family..pemenang yang cool je dalam stroller
Pic MSR yang dipertandingkan
 
Yours Truly,
Mama Ema

Popular Posts