Pages, Contacts, Travel

Wednesday, December 18, 2013

Musim Avillion Port Dickson

Ceritanya bermula bila mama kena berkursus. 1st kursus bertempat di Avillion Resort & Spa. Masa ni 1st time mama berpisah dengan syafi. Tapi tak lama pun 4 hari je. Alhamdulillah everything went well. Tq nenek sebab sudi jagakan kakak Sofea and baby MSR. Sunyi la pulak sorang di Avillion ni.

Rupanya Avillion di Port Dickson ada 2 tempat. 1 Avillion Resort & Spa aanother one Avillion Admiral Cove. Kaitannya dengan tajuk entree ni adalah..mama berkursus di kedua dua tempat tersebut selang seminggu je. Betul2 musim Avillion kan. 

Ok Avillion Resort & Spa. Boleh dikatakan mini Four Season Langkawi. Menangnya sebab ada water chalet. Tempatnya luas cantik menarik sesuai sangat untuk family time seisi keluarga. Ada pet corner..swimming pool family. Bilik pun luas dan cantik. Tapi sebab mama alone..so i am just having my own quite time..berehat sebab dah banyak malam tak cukup tido dan satu lagi aktiviti mengepam susu utk baby MSR. 

Chiller dalam bilik..mmg chiller je..tak beku pun. so terpaksa la mama simpan semua susu MSR kat kafe hotel. Rupanya bukan i sorang je ke simpan kat sana. Abg kafe pun tahu dah..nak simpan susu ye puan?hehe.

Kat sini mmg sgt family friendly i must say. Playroom pun ada untuk anak2. Beach pun cantik. Tapi mama sempat bersteam and sauna je sebab schedule a bit tight throughout the courses.

Next 2 weeksnya sekali lagi mama berkursus di PD. Kali ni di Avillion Admiral Cove. Tapi kali ni i refuse to be alone..so mama bawak le budak2 sekali. Mmg a bit kalut nak uruskan budak sambil bekerja. Tq to nenek sudi temankan kami. Papa sempat join kejap. Avillion admiral cove ni jauh sikit dari resort and spa. Biliknya semua adalah tower hotel.

Kat sini beach jauh sikit..tak secantik di resort and spa. Swimming pool ada. Cuma designnya more like utk berkursus..tapi overall semuanya ok. Theme bilik adalah moden and simple. Suka.

Bilik di Avillion Resort and Spa
Avillion Resort and Spa
Avillion Resort and Spa
Day Bed Avillion Resort and Spa
Swimming Pool Avillion Resort and Spa
Avillion Resort and Spa
2 brats at Avillion Admiral Cove
Day Bed Avillion Admiral Cove
Swimming Pool Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove
Nenek & Syafi Avillion Admiral Cove
Dining at Avillion Admiral Cove

Yours Truly,
Mama Ema