Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Entry kali ini adalah comparisons antara 1 hospital swasta di kajang dengan Hosp Putrajaya.

Time Sofea memang sepanjangnya kat swasta. Checkup je ngan gomen.

Time Syafi pula sudah bertukar..terus Hosp. Putrajaya. Maybe juga dengan keadaan Syafi yg berbeza sikit dari kakak. So kami terus je ke ED Putrajaya.

So bila dah ada pengalaman admission dua jenis hospital ni dapat la share kat sini. Bukannya apa banyak sangat perbezaan pendapat between hospital swasta dan kerajaan kan. Dan of course yg negatifnya selalu kerajaan la kan. Huhu. Tapi pengalaman admission Syafi kat hospital putrajaya kali ni..memang banyak la wipe of negativity thoughts pasal hospital gomen.

Tapi kisah admission ni di putrajaya ye tidak terpakai mana2 hospital government yang lain. Harap2 sama or better la kan.

Masa untuk menunggu rawatan bagi kes sesak nafas di putrajaya sangatlah better than swasta. Maybe juga because of keadaan syafi. Kami tunggu tak lama..check kat triage direct je masuk dalam for nebulizer. Dah 2-3 kali neb still tak kurang..x ray..buat IV. Terus hantar kat wad. Tapi biasa la kan prosedur n checkup..total time about 3 jam gak le kat ed baru naik wad.

Kat swasta bila budak batuk n kahak..terus refer fisio untuk suction..which is memang la cepat baik..tapi kesian sgt kat budak. Tapi kerajaan nebulizer tak henti2. Ntahle nak cakap mana yg elok. Tp specialist kat gomen ni tak keen sangat buat suction sebab katanya kesian kat budak. Which is memang betul pun. Beza sangat kat swasta kat tempat fisio tu mmg meriah dengan babies yg nak kena tepuk n suction. Kalau kat gomen fisio pun cakap diorang tak ramai patient. Tapi bagi saya la kan..doc have to b fair n wise utk treatment yg bersesuaian for every kids. Ada yang perlu suction dan ada yang tidak perlu terlalu kerap.

Kalau hospital government doktor memang ramai. Student doctor, HO, MO, Specialist..macam2 la. Bagusnya ramai doktor banyak pendapat. Kalau dapat doktor yang bagus sesuai la treatment dgn keadaan anak. Dalam sehari rasanya doktor akan datang round dalam 6 kali.

Kat swasta pulak memang akan dapat seorang je doktor. If ada paeds yang mama suka bolela pilih yg tu. Sekali consultations rm50. Rasanya kat spital swasta sehari dalam 2 kali je doc dtg visit.

Upon consultations pula..sepanjang sebulan syafi admitted memang puas hati dengan explaination specialist. Tanya je la apa nak tanya mesti ada satisfaction answer. Tapi mama pun kena pandai tanya soalan n pick the doctors. Kalau tanya student doctor soalan specialist jangan komplen pulak jawapan tak memuaskan hati k. Yes, dalam dunia perubatan adalah sgt subjektif..depend on patient, penyakit. Lain org lain rawatan. Mmm sepanjang pemerhatianku dalam wad gak..mama have to b alerted dengan every treatment yg diterima. Kalau rasa tak faham just tanya. Alhamdulillah sangat sepanjang admission syafi kat hpj nurses n doctors baik sangat2. Always supporting and listening. Alhamdulillah.

Dari segi hospitality puas hati la. I think all the nurses sangat berhemah dlm kerja. Ni bukan puji lebih2..ni berdasarkan pengalaman sebulan kat wad hpj.

Rasanya nurses and staff dalam wad memang kena attend kursus customer services. Sebab memang kena deal dgn mcm2 karenah pesakit dan penjaga. Tak sia2 hospital 1st class.

Kat swasta pun alhamdulillah nurses semua baik2 dan ceria memanjang. Legala kan bila kita yg letih jaga anak siang malam ni nak deal dengan diaorang. For me staff kat paeds ward sgt understanding. Alhamdulillah again.

Dari segi makan pulak..sangatlah not bad at all k. Makan 4 kali sehari..sama je mcm swasta. Makanan pun alhamdulillah boleh terima. Panas2 k serving. Kalau ada budak yg dah makan makanan provided adalah double set. Ada satu malam ni bed sebelah dapat carbonara k.
Peringatan ni adalah hidangan di hpj k..tidak terpakai di hospital lain2.

Dari segi ubat pulak..i think ubat yg syafi dapat di hpj dan kakak dapat di hosp swasta adalah sama. Syafi also get the singulair utk 3 bulan.

And this time juga disebabkan keadaan syafi, syafi kena guna inhaler biru dan oren. Aerochamber kena beli sendiri. Swasta not sure..mesti la included kan sebab mmg kena bayar pun. Hehe. Harga aerochamber adalah rm80. Ada jual kat farmasi HPJ. Doc rekomen aerochamber warna biru..lagi mudah dan sesuai untuk babies.

Discaj kali ni..syafi dah dapat asthma diaries. So mama kena tanda la setiap keadaan syafi. Yang ni tak pernah pulak experience kat hosp swasta.

Mungkin lain orang lain pengalaman..lain masa..lain doktor on duty..semuanya akan mempengaruhi. Apa pun kita sebagai orang yg dirawat dan merawat haruslah mainkan peranan dgn baik..lbh2 lagi org yg merawat mesti lakukan tugas dgn seikhlas mungkin..sebaik mungkin dgn penuh tanggungjawab. Insyaallah semuanya akan diberkati. In the other hands kita yg menerima ni..tak boleh berterusan makes complaints. Learn to accept and appreciates. Insyaallah semuanya dipermudahkan. Tapi kalau betul there are still many ways of corrections..why not kita menegur. Yang ditegur pulak jgn cepat meletah dan ambil mudah pulak.

Yours truly,
Mama ema

Popular Posts