Cuti Separuh Gaji

Sebetulnya tak pernah terlintas langsung dalam fikiran nak mengambil cuti tanpa gaji atau separuh gaji. Tapi bila dah terdesak terpaksalah.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan tatkala sedang berhadapan dengan cabaran dan dugaan bilamana baby MSR admitted di HPJ due to bronchapasm. Hampir sebulan jugalah di HPJ.

1st admission total days dalam 9 hari. Dalam waktu tu dah berkira-kira nak apply cuti tanpa gaji, tapi ditangguhkan dulu. Bila 2nd time admitted after discharge 2 days, dah tak boleh fikir bab kerja lagi. Mama terus decide nak cuti sebulan. Walaupun baby MSR discaj awal..mama still nak jaga adik Syafi sendiri dulu.

So mama google around, kenapa nak ambil tanpa gaji..separuh gaji pun boleh sebab menjaga ahli keluarga yang sakit. Alhamdulillah macam yang mama cakap semuanya dipermudahkan. Bila tanya bos, bos bagi green light.. yang penting anak ok. So minta kawan di pejabat buatkan surat permohonan dan hantar pada HR. Alhamdulillah memang dipermudahkan. Cumanya bila buat permohonan cuti separuh gaji ini:

1. Tak boleh backdate
2. Mesti habiskan cuti berkelayakan tahun semasa
3. Mesti ada ample time untuk permohonan - maksudnya kena bagi gap seminggu at least untuk pemprosesan. Tapi ni bergantung pada Pegawai HR masing-masing ye.

Mulanya mama risau juga nak apply separuh gaji cukup makankah nanti kami sekeluarga ni. Tapi insyaallah for a good cause everything will be ease by Him.

Niat dalam hati mama masa nak apply cuti sebulan ni adalah untuk menjaga baby MSR sampai betul-betul recover and also nak susukan baby MSR sampai 6 bulan. Alhamdulillah tercapai hasrat mama.

Happy sangat dapat spend time bersama-sama anak-anak di rumah, dapat jadi fulltime mother for almost 2 months. Tapi only in my wildest dream la kot to leave off my job. Mama belum lagi ada kekuatan yang besar untuk jadi fulltime mother at home. Tapi anak-anakku percayalah ini adalah antara pengorbanan mama yang besar untuk bekerja dan jadi mama yang baik at the same time.

Kakak Sofea melawat adik Syafi di HPJ


Yours truly,
Mama Ema

Comments

Popular Posts