Ustaz Kazim Elias di Wisma Putra

Tajuk ceramah: Ramadan Berkat Takwa Meningkat
Sempena Ramadan 2013, tetamu khas, Ustaz Kazim Elias telah dijemput ke KLN. Alhamdulillah tenang hati lapang jiwa dengar pengisian dari alfadil ustaz. Ustaz Kazim laginya pandai sungguh bergurindam. Memang tak sempat ngantuk sepanjang ceramah ustaz dalam dewan yang sejuk.
Ustaz Kazim menyentuh akan kelaziman kita menziarahi kubur hanya setibanya aidilfitri yakni selepas selesai solat sunat aidilfitri. Kata ustaz pagi raya ziarah le orang yg masih hidup..nak pi kubur buat way before raya lagi.
Ustaz juga menyentuh berkenaan solat terawih. Katanya terawih dibuat secara berehat dan bersantai2. Tak perlu kelam kabut. Solat diselang selikan dengan supper adalah boleh ye.
Ustaz juga berpesan..Raya balik kg..bukan bercuti. Kesian mak dan abah menanti kepulangan anak2 di hari raya. Makan dan pakai lah..jgn simpan2. Nanti tak sempat merasa..kepunan. kita hidup ni tak lama.
Ustaz juga maklumkan kalau Org yg bertakwa yakni beliau akan redha dlm semua keadaan. Dalam keadaan buruk sekalipun dia masih berfikiran positif.
Seperkara lagi yang sangat mengusik perasaanku adalah apabila ustaz menerangkan yang Alhamdulillah isteri2 adalah perhiasan syurga..si isteri akan menjadi ketua bidadari di sana nanti. Ustaz Kazim turut menerangkan yang kaum perempuan senang masuk syurga. Oleh itu perlulah untuk kita jaga Sembahyang, jgn berzina, Taat pd suami dan rajin2lah buat sembahyang sunat 4.30 am Solat sunat hajat taubat tasbih.
Wallahualam.
Xoxo,
Mama Ema

Comments

Popular Posts