Preview Sepang Gold Coast - The Golden Palm Tree Resort
Last weekend dapat invitation untuk preview Golden Palm Tree Resort. Kalau saja2 nak masuk tempat ni tak boleh ye, unless you are the member ataupun hotel guest.
Dengar resort ni adalah yang termahal biliknya di Malaysia. Tapi tak pasti la, betul atau tidak. Tapi boleh challenge kot ngan Pangkor Laut Resort takpun Avillion PD nun.
Tempat ni memang cantik dan unik. Tapi lautnya ada fail sikit, sebab macam berlumpur. Ianya tambak k, so ada bahaya sedikit kalau pergi jauh2 nak berombak rindu nun. Tapi kat sini ada banyak sangat facilities. Berbasikal, membatik, berspa, bergym, berswimming..macam2. Kalau ada membership, free je nak join semua aktiviti all year long. Ada satu lagi extreme park baru buka, tapi ada sikit fee untuk enjoy go kart, dan aktiviti extreme yang ada di situ.
Kat sini ada 3 kategori bilik, Travellers, Canary, Ivory. Yang paling murah adalah Travellers, paling2 murah pun rate adalah 788++. Bilik Canary dan Ivory, tak payah cerita la ye. Boleh check dalam website.
Tapi bagi honeymooners, sesuai sangat la nak berhoneymoon kat sini. sebabnya memang boleh concentrate la 100% berhoneymoon kat sini.
Uniknya resort ni sebab susunan bilik2 di sini berbentuk Palm Tree macam kat UAE tu, lagi satu ianya terletak atas air. Kalau nak jacuzzi dalam bilik, sila book bilik Ivory. Dalam bilik nak memancing pun boleh. Jarak bilik ke clubhouse (restoran, swimming pool, etc.) lebih kurang 2km. Kalau sayang lemak2 boleh naik buggy. free je, tapi kena call dari bilik.
Kat sini pun restorannya banyak, ada international buffet, chinese food, western, steamboat. Pilih je. Nak makan kat luar daripada hotel pun boleh, berderet kedai ikan bakar.
more info: Golden Palm Tree
Cheers,
Ema

Comments
-wani, kwn sepermainan di kulim :p
Post a Comment