Happy 2nd Birthday Sofea

Hari ini genapla anakanda berusia 2 tahun. Hari ini juga genaplah 2 tahun mama dan papa Sofea bergelar mama dan papa dan juga genap tempoh 2 tahun kita bersama.

Memasuki usia 2 tahun ini, anak mama Sofea dah mula untuk bercakap. Walaupun apa yang Sofea cakap tu cuma mama atau papa saja yang paham. Dan kadangkala tu mama dan papa buat2 paham atau buat2 tak paham saja apa yang sofea nak. Usia 2 tahun ni juga anak mama dah pandai mengira, cubaan baca alif ba ta, abc. So, bermula 2 tahun ini maksudnya apa yang sofea dengar dan lihat, itulah yang sofea cuba contohi kan...kan..

Maksudnya juga mama dan papa kena lebih berhati-hati mengeluarkan kata-kata dan juga protect sofea dari dengar dan lihat benda yang tak patut dicontohi. Tapi kan mama dan papa bukannya 24 X 7 dengan Sofea. So Sofea kena la pandai bezakan baik dan buruk, mana nak ikut ataupun tidak. (Sofea dah pandai baca ke ni..?) So mama dan papa akan cuba tolerate dan cuba bantu sofea untuk buang benda tak baik yang tak sengaja sofea contohi ye. Sebagai parent mama dan papa pun tak boleh over protective dan juga over defensive so pandai2 la sofea jaga kelakuan sofea ye. jangan malukan mama dan papa. huhu..(kalaulah sofea dah boleh faham kan).

So dalam kesempatan ini, its a blessing juga kan birthday sofea sama dengan aunty rahmah, aunty ila dan fiona (Rasa mcm ada lagi yang share birthday dengan sofea, tapi mama tak ingat) so mama akan selalu lah ingat birthday teman2 baik mama dan juga aunty yang telah banyak membantu mama.

HAPPY BIRTHDAY ALL!

Tema tahun ini Hello Kitty ye...Tahun ni celebrate birthday dengan Aunty Rahmah di Kulim. So nanti Sofea celebrate birthday dengan aunty dan semua family di Kulim.

Cheers,
Mama Ema

Popular Posts