Pages, Contacts, Travel

Monday, September 19, 2011

Raya 2011

Alhamdulillah, syukur dapat sekali lagi peluang untuk beraya sekeluarga.

Tahun ini merupakan tahun ketiga beraya sebagai seorang isteri dan tahun kedua bergelar mama. Tahun ni yang lebih spesialnya sebab sofea raisha dah pandai apa itu raya, mungkin cuma 50%, tapi yang penting dia tahu la raya ni spesial dari hari yang lain.

Dah pandai enjoy main dengan rakan2 sebaya, makan kuih raya, dengar lagu raya, tahu erti duit raya.... Huhu.

Banyak kelainan yang sofea tunjukkan pada syawal kali ini. Kuih paling favourite adalah almond london, makanan plg favourite adalah sate. Kek pun dia suka gak, starting makan red velvet ari tu, em dah suka dah makan kek anak mama ni. Air pun dah pandai memilih... Nak yang manis2 je takpun yang ada kaler. No colour no drink for me ye mama.

Syawal kali ni yang lagi special sebab 1st time la dapat dressing sedondon ngan sofea raisha..biarlah org nak kata beli kain sekayu ka, sedondon ngan langsir sekali ka, boria ka... Yang penting ana suka.... Kekeke, ada akak kisah?

Raya ni pun sofea dapat new haircut, tak berani nak potong sendiri makanya bawak la si kecik ni ke saloon. Alhamdulillah dia ok je sepanjang aunty saloon tu gunting rambut.

Tapi di sebalik kegembiraan hati ni sambut raya bersama bertiga ni... Sayu sikit la sebab tak dapat sambut raya dengan mak, abah dan adik2 kat rumah. Huhu. Tak sama la..Sambut raya hari ketiga, keempat...sedey je....

Harapannya dapat la next year sambut raya dengan semua sekali....rindu nak gathering sefamily....

Cheers,
Ema