Protes Mini Skirt

JAKARTA 19 Sept. - Kira-kira 50 orang wanita memakai skirt mini dan sarung kaki panjang berwarna-warni berkumpul di Jakarta hari ini sebagai bantahan kepada komen gabenor Jakarta yang menyalahkan cara pemakaian wanita menjadi punca gangguan seksual.

Protes tersebut sebagai respons terhadap kepada kenyataan Fauzi Bowo yang berkata Jumaat lalu wanita tidak patut memakai pakaian yang terlalu terdedah bagi mengelakkan daripada dirogol atau dicabul.
Perhimpunan tersebut bertujuan meminta polis dan kerajaan Indonesia untuk lebih berusaha menjaga keselamatan wanita serta membantu mangsa gangguan seksual, bukan menyalahkan cara pemakaian wanita. - Reuters.

Sumber: Utusan Malaysia

Sangat tidak logik kalau nak salahkan pemakaian wanita 100% dalam isu rogol dan cabul. Kalau berhijab, berpurdah sekalipun...nafsu lelaki is still just there.

Tapi yang kelakar dan uniknya boleh pulak buat protes beramai2 pakai mini skirt.

Sumber Gambar: nodeju.com
Sumber Gambar: nodeju.com

Cheers,
Ema

Comments

Popular Posts