My Precious Organizer

Actually dah lama berhasrat nak mengemas and re-org everything...so sempena dapat rumah baru ni bolelah kiranya memulakan azam baru untuk susun atur balik all my stuff. Sebenarnya my hubby pun dah bising, pasal handbag and all my shoes berteraburan kat bilik dan dalam bilik kecil tu (stor). Hehe...memang kalau direnung-renungkan sayangnya semua barang-barang ku...especially my shoes and handbags.

Sebab dah disorganised, berterabur, tak ingat apa yang ada, apa yang takde...so selalunya akan pakai je satu je kasut...sampai la tak boleh nak pakai lagi..baru cari yg lain...punggah2 rupanya..wow...saya ada banyak kasut yang cantik rupanya...tapi yang paling menyayat hati...bila punggah2...huhu...kasutku yang baru pakai 2 kali dah rosak..kena makan lipas...sayangnya...! Tapi selalunya akan rasa takde kasut la...dan pi cari je yang lain. zaman gawat2 ni tak membazir ke kalau gitukan....

Actually I am a shoe and handbag 'shopper' lover. macam hubby I cakap tahu beli je, simpan tak pandai. takdela sampai berton koleksi...tapi adalah...walaupun yang sikit-sikit dan tak berapa nak mahal tu...I treasures everything. Bila la dapat nak susun-atur balik my stuff ni..*sigh*..again.

2,3 hari ni kat hospital, while surfing..terfikirla nak cari pasal organizer ni. wow....banyak jugakla jenis organizer yang dapat..sangat teruja, dan tak sabar untuk susun balik all my stuff. Sebenarnya I am looking for the least cost organizer, simple, dan paling penting praktikal.

While surfing I came across with these:

Shoe Organizer
Style A
Style A: Praktikal dan jimat ruang. Boleh letak banyak kasut indoors.Tapi yang ni kekurangannya, kasut akan berhabuk sekiranya lama tidak digunakan.

Style B

Style B: Still praktikal dan dapat jimatkan ruang. Selain tu, dapat pamerkan semua jenis kasut yang ada. Tapi rasanya ni lebih sesuai untuk kasut lelaki, dan untuk kasut yang selalu nak dipakai sebab tak banyak sangat kasut yang bole letak.


Style C

Style C: Kotak lutsinar. Praktikal, Kasut tidak berhabuk, See-through Storage, Sesuai untuk kasut yang agak mahal dan bernilai. Kekurangan: Agak mahal, tapi berbaloi la.


Handbag Organizer
Style A

Style A: Senang nak digantung dalam almari, ada cover plastik.Masalahnya almari I pun dah penuh tak de tempat nak gantung benda ni lagi. Beg kecil boleh la, kalau tak penyek nanti dalam plastik tu.


Style B
Style B: I seem to love this one. Boleh letak all kind of sizes bag. Tapi mana nak cari ni..Masa surfing, ada tips yang mengesyorkan better to keep your handbag standing than sitting. Untuk jaga struktur bag. Lagi bagus kalau letak benda dalam tu, i.e. plastik ke kertas ke..supaya struktur beg sentiasa OK.


Style C

Style C: Kotak kadbod keras..Rasanya benda ni kat Jusco boleh dapat. Nampak kemas. Kalau simpan dalam almari sure takde habuk. Tapi kena cari saiz yang bersesuaian. My beg mcm2 saiz pun ada.


Purse Organizer

Masa surfing for bag and shoe organizer terjumpa la benda ni. Praktikal la. I think for my case, tak bape kritikal..but for my mum...sangat2 lah kritikal keadaannya..mmg emergency memerlukan benda ni.
Isi sahaja barang di dalam compartment yang ada. Kemudian masukkan ke dalam bag. Kalau macam ni nak tukar bag selalu pun tiada masalah.


Sangat praktikal kan? I am eyeing this item:


So cute right? warnya cantik, ada zip, so barang pun tak akan jatuh...boleh guna untuk semua jenis bag. Nama benda ni BOV. Ada mcm2 saiz.S-L. Harga pun lain2. Ada juga jenis yang boleh reversible. Tapi yang ini tak boleh sebab ada zip.
Dear Mr. Hubby, alangkah bahagianya hidup sekiranya u dapat support I untuk dapatkan all these item untuk investment jangka panjang... ;)

Untuk makluman lanjut mengenai produk boleh layari web berikut:

Yang selainnya, saya google je randomly.



Comments

Quiyah said…
very good info, aku pon tgh carik handbag & purse organizer..
Unknown said…
kalau hang jumpa yang 'baik' punya jgn lupa bgtau k.
Quiyah said…
che ema, hari sabtu baru ni aku jenjalan kat the curve, kat situ dekat flea market die ade jual purse organizer tuh, yg plain mcm hang letak dalam gambaq tu harga die rm 39.90, yg printed (corak-corak) hrga die rm 49.90, aku tak beli pon, takdak budget.. hehe.. hang kalau nak, pegila the curve tuh..
creativeconcern said…
jom la tgk organizer utk susun kasut bawah katil pulak. simpan bebarg lain pun boleh.....
Azyla Azrul said…
salam kak,nk tau ni...berkenan btol ngn shoe organizer blakang pintu tu...kasut hubby n sy pn ley thn bnyk.n mmg ngam ngn uma sy yg comel je sq nyer..mane nk carik ye?sy da google ni,tp x jmpe pn..

maceh.. =)
Unknown said…
salam azyla, saya pun google je pic tu. Tak silap ada dalam site overseas. So far, mmg tak penah jumpa lagi version tu, tapi kalau shoe organizer jenis yang lain ada banyak jenis juga di IKEA. Harga pun boleh tahan gak.
Azyla Azrul said…
salam kak, yup..sy da tgk kt ikea.ok gk tp kami tak bli lagi.tgk2 je dlu.hmm..btol gk,sy cek kt ebay n amazon bnyk ler.tp nk bli n soh dorg sent kt kite nnti da jadi melampau lak hargenye..papepn tq so much for the idea kak..!

=P
Amelia Kandau said…
brapa harganya .. ?
Unknown said…
ok..no prob azyla. happy organizing. Kadang2 tak payah beli pun boleh..customize sendiri je. yang penting kreatif..
Unknown said…
saya tak jual benda ni amell, kat ikea ada juga banyak jenis. bag organizer dah banyak dah jual kat kedai. price range dalam rm10-rm30.

Popular Posts