Freedom Flotilla, Mavi Marmara & Rachel Corrie

Kekecohan di Genting Gaza tak pernah-pernah surut. Kekejaman rejim zionis semakin menjadi-jadi. Baru-baru ni misi bantuan kemanusiaan telah diusahakan oleh pihak2 yang prihatin atas kejadian yang tak pernah henti-henti menimpa rakyat Palestin.  Usaha murni tersebut, telah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar hari ini, apabila sekali lagi rejim zionis membuat tindakan kejam bagi menghalang usaha bantuan kemanusiaan tersebut.

Pada tanggal 31 Mei 2010, satu lagi titik hitam telah dibuat oleh rejim zionis apabila komando Israel telah menyerang dan menwan misi Freedom Flotilla kapal Mavi Marmara untuk menghantar barang-barang dan makanan untuk membantu rakyat di Gaza. 7 orang aktivis Turki telah ditembak mati, manakala 40 aktivis lain tercedara. Terdapat 12 orang rakyat Malaysia yang turut bersama-sama menyertai misi tersebut. Alhamdulillah, mereka telah diselamatkan dan ditempatkan di Jordan. YB Menteri Luar sendiri telah menjemput wakil Malaysia tersebut di Jordan, dan untuk mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Jordan.

Terkini, Kapal Rachel Corrie, yang telah dinamakan sempena aktivis US yang telah dilanggar dengan bulddozer Israel semasa berada di Palestin, sekali lagi memulakan pelayaran untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza. Kali ini, misi kapal Ireland tersebut disertai oleh, ahli Parlimen, bekas Ketua Setiausaha UN, peguam dan juga 12 orang rakyat Malaysia. Mengikut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Israel, tiada kapal yang berjaya sampai ke Gaza. Pihak Israel telah menggambarkan bantuan yang disalurkan ini akan turut menyalurkan bantuan ketenteraan dan juga senjata kepada Palestin dan merupakan ancaman kepada rejim tersebut.

Pada 26 Mei 2010 lalu, Presiden Palestin diiringi Menteri dan Pegawai Kanan Kerajaannya telah membuat lawatan kerja ke Malaysia. Lawatan ini adalah untuk membincangkan berkenaan hubungan antara kedua buah negara dan juga isu yang sekian lama membelenggu rakyat Palestin.

Semua rakyat Malaysia sentiasa memanjangkan doa untuk keselamatan rakyat Palestin dan tidak lupa kepada misi bantuan kemanusiaan yang sedang berjuang untuk menghantar bantuan kepada mereka. Wallahualam.

Comments

Popular Posts