Pages, Contacts, Travel

Wednesday, November 19, 2014

Review - Minor Surgery Gigi Bongsu

Prosedur ni dibuat di Hospital Putrajaya. Sepatutnya buat sebulan yang lepas terpaksa tangguh tarikh, sebab ada kursus time tu. So postpone to 15 Oktober 2014.

On that day, mr hubs cuti (TQ dear) tolong hantarkan wife tersayang pegi buat minor op di HPJ. Awal pagi lepas uruskan anak2 ke tempat pengasuh, terus pi breakfast. Kena breakfast dulu, walaupun dah macam tak berapa ada mood nak makan.

Sampi di HPJ, register dan tunggu panggilan doktor. Sekali lagi doc akan check samada perlu operate atau tak. Bad news, memang kena operate untuk keluarkan gigi bongsu tu.

Semasa prosedur dilakukan, doktor akan tutup mata kita, sebab takut terpercik air, etc. Doc minta relaks je sepanjang prosedur. Mulanya dia akan bius dulu, dalam 4 injection pada gusi. Sementara disiapkan perkakasan memang dah start rasa kebas.

Semasa prosedur dilakukan, doc akan pesan jangan gerak2. Kalau boleh statik je. Memang kerisauan di tahap amat tinggi mengenangkan aktiviti pemotongan gusi akan dilakukan huhu. Alhamdulillah sepanjang doc kerjakan gusi dan gigi bongsu saya tu, takdela kesakitan tahap tinggi or what. Tapi memang rasa la pergerakan dalam mulut. Dalam sejam, dah setel dah.

Doc cakap memang dia ada jahit. So nanti kena datang balik lepas seminggu untuk buka jahitan. Lepas prosedur memang darah agak banyak. So redha je la dulu. Doc bagi MC dua hari, ubat tahan sakit dan ubat kumur.
Stok Ubat-Painkiller tu paling penting
Love Note dari Sofea: Kesian tengok mama sakit

Doc pesan siap2 lepas 2 jam, terus je telan ubat tahan sakit. oooo seriau.

Ok, dari HPJ terus ambil anak2 dan balik rumah. Dalam jam 12.00 memang terus makan ubat. Masa tu memang takut sangat nak tukar kapas dalam mulut. Doc pesan jangan banyak berkumur. Solat boleh macam biasa. Doc pesan sebelum tidur mesti gosok gigi malam tu, bagi mengelakkan bakteria dalam mulut. Seriau ooo.

Lepas telan ubat, memang terus tidur. Dalam jam 4.00pm macam tu terbangun, Masyaallah. Sakit sudah mula terasa. Makan ubat doc bagi sekejap je tahan sakit. Lepas tu berdenyut, tuhan je la yang tahu masa tu. Nak tidur, duduk, baring semua serba tak kena. Memang menangis menahan sakit ya amat. Terus cari painkiller 500mg, telan. Alhamdulillah ok, terus sambung tidur. Petang tu juga terus demam. Tidur je sampai malam, cuma bangun solat. Alhamdulillah, malamnya lepas bangun dah makin ok. Sakit pun dah kurang banyak. Pain killer still lagi ambil.

Esoknya, dah start makan bubur. Petangnya spaghetti. Huhu.
Memang makan semuanya yang dah sejuk. Tak berani nak makan benda panas. Berlarutan sampai seminggu.

Alhamdulillah selepas seminggu revisit untuk buka jahitan. Doc komen semua nampak bersih, dan keep up doing the pembersihan.

XOXO,
Pengalaman perit Ema