Pages, Contacts, Travel

Wednesday, May 21, 2014

Taman Saujana Hijau Putrajaya

Tahu tak Taman Saujana Hijau kat Presint 11 Putrajaya ini? Actually kami dah lama stay Putrajaya yang lagi sedihnya tu tinggal kat Presint 11 almost 4 years. Tapi tak tahu pun pasal taman ini. Memang kami ni bukan taman type la.

Starting to know about the taman pun, eversince a few celebrities shooing gambar kat taman ini. Cantik sangat view. Memang saujana mata memandang.

Dah lama idam nak ke situ, akhirnya tercapai juga hasrat nak bersantai on weekend bersama hubby dan anak2 tersayang. 

Lokasi taman ini, betul-betul terletak di belakang Balai Polis Presint 11. So cari je Balai Polis Presint 11, ke depan sikit naik bukit. Boleh bawak kereta naik. Tapi kena parking kat situ la, walking trek tak dapat la nak bawa masuk kereta. Taman ini berpusing-pusing, sesuai untuk brisk walk, jogging dan cycling. 

Nak berpiknik pun ok sangat, bawak tikar bawak makanan dan bawak mood yang baik. Insyaallah happening. Kat area taman ini ada juga a few pondok2 gazebo untuk bersantai. Nak piknik area gazebo pun ok. Tapi pergi awal la, kalau dah jam 10.00 agak panas la kat atas bukit nun.

1st time pengalaman kami ke Taman Saujana Hijau, sangat lah excited sebab macam rasa kat Cameron Highland la pulak. Taman yang hijau, bunga-bungaan yang cantik. Memang menarik. Sesuai sangatlah kami bawak anak2 ambil angin kat sana.

Tambahan my MSR pula baru berjalan. Excited betul dapat berjalan area taman. Habis kami semua ditinggalkan bila dapat lepas bebas berjalan.

Ni dah jam 10.00 pagi, matahari dah naik dah
My mini KPOP yang excited berjalan
See what i mean, semua orang dia tinggal

XOXO,
Mama Ema