Cerita Mengepam Susu dengan Snow Bear

Alhamdulillah its been 20 amazing days. Sekarang ni dah start counting bila nak habis pantang. Masyaallah..rupanya its my birthday hari ku habis pantang nanti. Greatest gift ever.

Ok ceritanya kali ni mengepam susu. Ok la tu kan dah 20 hari experiencing snow bear breast pump..bolela nak review sikit sekali dgn experience milk pumping buat kali keduanya ini.

Saya dah start pump since day 02 lepas bersalin. Bukan main semangat kan. Hahha..tapi keciwa. 1st time pump siap bleeding. Huhu. Pastu tangan kosong je la pi tgk syafi kat nicu..sob..sob.
Time kat nicu tu nampak ada seorang mommy or granny bawak susu dlm bekas. Alahai sikit sgt, rasa cam tak sampai setengah ounce pun... ada la dlm 4 bekas. Bukan nak underestimate..tapi apa yg saya tgk hari tu memberikan semangat balik nak mengepam susu. Walaupun sikit dia bawak gak to feed the baby. Huhu. Before this yang saya nampak kat fb or ig..semuanya stok susu yg hebat2 belaka. Wah rasa macam impossible sgt la nak meletakkan diri saya ni into that scene. Tapi takpe..saya doa hari2 agar Allah melimpahruahkan rezeki syafi dgn mengurniakan mamanya susu yg banyak agar dapat bf sampai syafi kenyang dan dapat membesar dgn sihat, cerdas dan pintar. Insyaallah.

Pastu day03 admitted again dgn syafi..so tak pam lagi la. Starting day05 cuba balik pam susu sebab nanti nak mengurut kan kesian pula syafi takde susu. So saya start pam. Alhamdulillah dapat la dalam 2 ounce sekali pam. Simpan je la walaupun sikit. And furthermore..baby berumur seminggu banyak mana la sekali minum susu. Of course la susu pun keluar as demand kan. Cewah pujuk diri sendiri agar meneruskan pumping. So starting that day i keep on pumping dan cuba target untuk pam 2 kali sehari. Ada rezeki lebih 3 kali sehari. Nak mengepam ni pun kena ada semangat yg tinggi dan juga support yg tinggi dr family member. Tahap kerajinan pun kena tinggi juga ye.

Thanks to akak hijabrockers sebab share tip menggunakan snowbear. Katanya pump snowbear ni bukan heavy duty. Sebab bila guna lebih 40 minit dah start bunyi clicking. Katanya lagi fullbreast sekali pump bole dpt 8oz. Wallawey! Setakat 20 hari ni paling banyak saya mengepam bole dapat 4oz. Maybe still early..but i keep on pumping.

Dulu masa sofea pun dah umor 5-6 bulan pun sekali marmet dpt 4oz. Tapi maybe saya ni jenis kurang penyabar gak kot. Malas nak tunggu lama2 skali pump. Mummy on the go la katakan. Mana nak layan baby n kakak baby lagi.  Average timing saya pumping dalam 15-20min sebelah. So dalam 30-40 min dpt 4oz. Kalau tggu lama maybe bole dpt lagi banyak kot..

So far hampir 3 minggu guna pam snowbear mmg memuaskan. Bunyi tak bising, pumping mode ok, nak basuh senang, puas hati. Banyak membantu. Tapi ni review dlm tempoh 3  minggu la. Harap2 berterusan..dan hasil bertambah2 nanti. Mudah-mudahan.

Xoxo,
Mama ema at 20 days.

Attached herewith my little pumping station.

Comments

Popular Posts