Minggu Ke-34 - Mode Letih!
34 minggu bersamaan dengan 8 bulan 2 minggu. Means lagi 2 minggu dah cukup 9 bulan. Fullamak.
Sekarang ni memang dah rasa sangat letih, tak nyenyak tido, pedih ulu hati.
Dan simptom baru bermula minggu ni, kalau duduk lama sikit dah start sakit pinggang, punggung dan area kat bawah perut. Sakit dan lenguh sampai tak boleh nak berjalan. Huhu.
Sekarang ni, memang dah checkup every fortnight. Kekadang tu kalau schedule lari, tiap2 minggu pun kena pi checkup, either kat Klinik Kesihatan dan Hospital.
Last 2 week, checkup combined clinic di Hospital Putrajaya. Magikanya kali ni dapat doc yang sama. Bolehla pulak kali ni scan doc cakap mcm nampak bb girl la. Biar betul doc??Okla..mama pasrah dan redha apa jua jantina adik Sofea kali ni, asalkan baby sihat walafiat.
Masa checkup masa tu juga, tetiba doc suh buat MGTT lagi sekali...what the??
MGTT ni, minum air gula. dah sah2 buat dulu, tapi semua normal. Aduhai, terpaksa la buat juga.
Rupanya HPJ ni buka juga every saturday ye, tapi base on appointment la. So Doc bagi tarikh TFT dan MGTT hari Sabtu. Kan senang..tak payah sibuk2, kalut2, terkejar2 buat hari kerja. Hari Sabtu pun patient tak ramai. Alhamdulillah dah selesai dah buat MGTT lagi sekali. Tunggu result je la next checkup nanti.
Masa checkup kat hospital, ternampak satu poster pasal Urutan Tradisional dan Komplimentari HPJ. Wah menarik.
So terus je ke Pusat Urutan Tradisional dan Komplimentari nak tanya info pasl benda ni. Rupanya FOC ye, kalau berurut di sini. Tinggal lagi buat appointment la, dan kalau schedule tak penuh. Lagi satu syaratnya mesti bersalin normal.
Nurse tu cakap juga ada servis urutan kesegaran. Rupanya urutan kesegaran ni adalah untuk urut payudara the very 1st day after delivery bagi keluarkan air susu. Tapi dengan syarat patient still admitted dalam wad. So nanti lepas delivery, minta hubby/nurse cepat2 buat appointment dengan bidan hospital untuk urutan kesegaran.
Pasal Urut antenatal pulak, biasanya akan dibuat pada hari ke 6,7,8 dan 40, 41, 42. Tapi kena la pi hospital ye bersama barang2. Macam leceh juga, tapi FOC. Di Putrajaya ada 2 bidan sahaja, satu di HPJ satu lagi di Hospital Bersalin Presint 8. So kalau berminat kena booking cepat2.
Rawatan
|
Rawatan Kesegaran
|
Rawatan Perbidanan
|
Masa Rawatan
|
24 jam selepas discaj dari wad
|
selepas 3 hari bersalin secara normal
|
Rawatan yang disediakan
|
urutan kesegaran + penjagaan payudara
|
urut + tungku + barut
|
Regim
|
sekali sahaja
|
pada minggu pertama dan terakhir berpantang
sekurang2nya 3 hari
|
Bahan2 yg perlu dibawa
|
tiada
|
kain barut/bengkung,
kain batik,
daun sirih/mengkudu
|
Unit Traditional & Komplementari Hospital Putrajaya
Telefon : 03-83124200 Ext ; 2319
XOXO,
Mama Ema
Comments
Post a Comment