Full House!

Full House, actually first Korean Drama yang buatkan tak tido malam pun takpa layan cerita depan PC berjam-jam dalam selimut masa kat U dulu. Seronok punya pasal, tengok berulang kali pun ok. Memang layan habis cerita ni.

Full House
Lokasi penggambaran ni pun cantik, rumah ni pun sangat cantik. Kalau ikut lot ceritanya rumah ni merupakan rumah daddy Han Ji-Eun. Dia cuma ada rumah ni je, tapi kawan dia yang bertuah tu dah pi jual pulak rumah ni, sampaikan dia terpaksa jadi orang gaji dalam rumah sendiri. Lebih kurang macam tu la.

Disebalik keunikan jalan cerita drama ni, tahu tak rumah ni memangnya dibina khas untuk penggambaran Full House. Kosnya lebih kurang 1million USD. Gigih kan! Lokasi tempatnya di Incheon, dekat je dengan Incheon Airport. Sampai sekarang ni jadi tourist attractions. Wah menarik kan!

Cheers,
Ema

Popular Posts