Sharing is caring..and sometimes hurting

Ini adalah sharing yang dikongsi dari rakan whatsapp.

"YANG SUDAH TU SUDAH...

Tanpa kita sedari media2 sosial yg ada hari ini berjaya meninggalkan kesan negatif dlm diri kita kian hari..
Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..

Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..

Yang sudah tu sudah...
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..
Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan  ini medan tazkirah..
Jadikan  ini medan maklumat..
Jadikan  ini medan yang boleh memajukan ummah..
Kerana bila kita meninggal nanti ilmu yg kita sampaikan itulah yg bermanfaat utk kite...bukan apa yg ada yg kita tunjuk2kan
Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjarannya.. Amiin.."


Dah lama terdetik hati nak post pasal isu media sosial. Etika kita sebagai kawan, parents, anak, pekerja menggunakan media sosial. Tahu la akaun fb, ig kita tu private. Kita sendiri punya, suka hati la nak update/upload apa pun. Tapi kita perlu sedar, kita hidup dalam komuniti media sosial pada zaman kini. Akaun tersebut pula semuanya kawan2, saudara mara, jiran tetangga. There is a  live community there. Apa yang kita update mencerminkan diri kita. Dan mungkin juga ada yang terluka disebabkan status yang dikemaskini itu.

"Ya Allah, jauhkanlah sifat bongkak dan riak daripada kami semua, Ya Allah."

Perkara ini terdetik dalam hati, bila aku menjadi orang yang selalu update dan terkesan pula dengan status rakan-rakan. So i had experienced both sides. Jadi aku berdoa agar aku jadi lebih sensitif bila nak update status mana2 media sosial. Kalau tak perlu tak payah.

So pesanan kepada diri sendiri, sentiasa bersederhana dalam segala hal. Happiness is our own choice. Tidak semestinya update status terhebat is the total happiness. 


XOXO,
Ema

Comments

Popular Posts