Qada Puasa dan Puasa 6 Aidilfitri
Qada puasa dan puasa 6 adalah sama tapi tak serupa. Samanya sebab keduanya perlu berpuasa, bezanya pula satu wajib dan satu lagi sunat. Seringkali banyak kedengaran tentang syarat2 bagi kedua-dua puasa tersebut. Ada kata keduanya boleh digabungkan dan ada juga tak boleh. Confuse kan.
Actually dah agak lama saya amalkan berpuasa 6 dalam bulan syawal. Yes nak grab yang wajib dan juga sunat. Wajibnya adalah qada puasa dan sunatnya puasa 6. Setelkan qada puasa awal2..lega dah.
Tapi tula banyak pula bertanya boleh ke buat dua-dua sekaligus? Dah ada yang bertanya, jadi was2 pulak kite yang dah biasa amalkan puasa 6 ni.
Alhamdulillah baru ni kebetulan sambil menunggu buka puasa, layan pula slot 'tanya ustazah' di astro. Tak ingat pula nama ustazahnye.. alhamdulillah ustazah jelaskan apa yang saya amalkan selama ini adalah sah dan dibolehkan. Iaitu lakukan yang wajib dahulu iaitu qada puasa di bulan syawal dan dalam masa yang sama mendapat pahala berpuasa sunat 6. Tambah ustazah lagi, dibolehkan mendapat pahala ekstra lagi apabila berpuasa pada hari isnin dan khamis. Mudahnya aturan Allah SWT untuk hambanya. Tinggal lagi nak buat atau tidak sahaja.
Alhamdulillah jelaslah kini antara amalan qada puasa dan juga puasa 6 di bulan syawal. Diharapkan tahun ini sekali lagi diberikan kekuatan dari Allah SWT untuk berpuasa 6 pada tahun ini. Amin.
Xoxo,
Mama ema
Mama ema
Nota: Puasa 6 adalah puasa sebanyak 6 hari di dalam bulan syawal dan hukumnya adalah sunat.
Comments
Post a Comment